About Us

Inf.inity Photography adalah brand baru bagi Ad Asrar Photography (2006). Masih baru dalam industri fotografi dan terus maju bersaing dengan nama-nama gah di Malaysia. Penjenamaan baru yang dibuat pada penghujung 2010 memberi impak positif sekaligus membawa kualiti mengikut kehendak pelanggan.

Pengasas Inf.inity Photography, Faidi Hashim, merupakan graduan Universiti Teknologi MARA dalam bidang Fotografi dan Pengimejan Kreatif dan terus menanam minat dalam bidang fotografi. Dengan pacuan teman-teman, keluarga dan pelanggan, Inf.inity Photography dapat terus maju dan mendapat kepercayaan syarikat-syarikat seperti Petronas, Maybank Etiqa dan banyak lagi.

Inf.inity Photography berkemahiran dalam fotografi perkahwinan dan apa-apa event, corporate image, portraiture, outdoor, studio - food, product and fashion photography. Menawarkan servis editing professional, seni fotografi dan lebih mengikut permintaan pelanggan memberi kekuatan kepada Inf.inity Photography untuk mendapat kepercayaan pelanggan.

Kami juga pakar dalam corporate, event, institutional dan industrial video dan juga menawarkan editing yang professional. Selain itu, kami juga pakar dalam graphic design dan membuat design brochures dan catalog, promotional materials, logo dan sebagainya.

Diharap kunjungan anda ke blog Inf.inity dapat memberi anda gambaran yang lebih baik kepada anda. Terima kasih diucapkan kepada anda. Semoga kita dapat bekerjasama dan anda mendapat kepuasan atas servis yang kami tawarkan.